Jika dahulu, dengan RM200, kita boleh
membeli barangan hampir memenuhi troli. Tetapi, kini dengan sejumlah wang yang
sama, tidak sampai suku troli dapat dipenuhi.
Kita masih boleh membeli-belah, tetapi hendaklah sentiasa
berjimat-cermat dan berpada-pada. Belilah barangan keluaran tempatan, kunjungi
destinasi percutian dalam negeri dan banyakkan makan di rumah.
Oleh itu, “Berhenti Membeli belah, Mulakan Kehidupan" merupakan slogan yang perlu diikuti oleh semua pihak. Berhenti
membeli-belah bukanlah membawa maksud bahawa kita perlu berhenti secara terus
dalam dunia ekonomi sebaliknya meminimumkan aktiviti membeli-belah untuk barang
yang bukan menjadi keperluan hidup.
Cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan wang ketika membeli-belah:
Buat perbandingan harga untuk mendptkan barangan yang berharga rendah
Kita boleh mengambil inisiatif dengan membandingkan harga sesuatu barangan dari kedai yang berbeza bagi mendapatkan harga yang murah dan berpatutan. Ini amat digalakkan sekiranya kita ingin membeli barangan yang mahal seperti barangan elektrik, perabut dan sebagainya.
Buat perbandingan harga untuk mendptkan barangan yang berharga rendah
Kita boleh mengambil inisiatif dengan membandingkan harga sesuatu barangan dari kedai yang berbeza bagi mendapatkan harga yang murah dan berpatutan. Ini amat digalakkan sekiranya kita ingin membeli barangan yang mahal seperti barangan elektrik, perabut dan sebagainya.
Makan dahulu sebelum pergi membeli belah
Pastikan kita dan anak-anak telah makan di rumah terlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah. Di pasaraya, terdapat banyak kedai makanan segera dan restoran. Sekiranya perut lapar, keinginan untuk membeli pelbagai jenis makanan amat tinggi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Sediakan senarai barangan yang hendak dibeli
Sebelum keluar membeli belah, pastikan kita menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli. Ini dapat mengelakkan kita daripada membeli barangan yang tidak perlu. Kaedah ini juga dapat mengelakkan kita daripada terlupa membeli barangan yang diperlukan. Oleh itu kita tidak mensia-siakan masa dan tenaga yang digunakan untuk membeli-belah.
Digalakkan membeli belah secara bersendirian
Bagi yang berkeluarga, digalakkan untuk membeli-belah secara bersendirian. Ini kerana sekiranya kita membawa anak-anak untuk membeli barangan keperluan harian, perbelanjaan kita pasti tersasar daripada bajet. Ini kerana kita perlu memenuhi kehendak anak-anak semasa membeli-belah.
Bawa sejumlah wang yang kecil bagi membeli barang yang diperlukan sahaja
Elakkan daripada membawa wang yang banyak ketika membeli-belah. Sebelum keluar membeli-belah, pastikan kita telah mengetahui barangan yang hendak dibeli. Oleh itu bawa sejumlah wang yang diperlukan sahaja untuk mengelakkan kita boros sewaktu berbelanja.
Elakkan pembelian barangan di saat-saat akhir iaitu barangan yang terdapat di kaunter bayaran
Di pasaraya, banyak terdapat barangan yang disusun berhampiran kaunter bayaran. Elakkan daripada membeli barangan di saat-saat kita hendak membuat bayaran. Ini kerana kebiasaannya barangan yang dibeli bukan merupakan barangan yang kita perlukan.
Kurangkan ‘window shopping’
Ramai di antara kita mengatakan kita hanya ingin berjalan-jalan atau menghabiskan masa terluang di pusat membeli-belah. Tetapi sedar atau tidak, ramai yang membeli barangan yang dijual walau pun pada mulanya kita berhasrat untuk tidak membuat sebarang pembelian. Sekiranya kita bosan berada di rumah, bertukarlah kepada hobi yang lebih baik seperti beriadah di tempat rekreasi, bersukan atau pun berkunjung ke perpustakaan. Hobi ini amat berfaedah untuk menyihatkan badan serta menambahkan pengetahuan.
Anda boleh melayari laman web FOMCA DI SINI bagi mendapatkan tips membeli-belah.
No comments:
Post a Comment