Friday 13 April 2012

Tips Pengurusan Kewangan


10 Tips Pengurusan Kewangan

  1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
  2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
  3. Lunaskan hutang kad kredit
  4. Mencarum dalam pelan persaraan
  5. Menabung
  6. Melabur
  7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
  8. Semak liputan insurans
  9. Kemas kini wasiat
  10. Simpan rekod kewangan dengan baik


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web FOMCA:

Terima Kasih Kerana Membaca

Thursday 22 March 2012

PENDAHULUAN

     Tentu ramai di antara kita menghadapi masalah kewangan terutama di penghujung bulan.  Gaji yang diperoleh cepat sahaja kehabisan. Ini disebabkan oleh pengurusan kewangan yang lemah. Belum lagi gaji, sudah bermacam-macam benda yang hendak dibeli.


     Jika dahulu, dengan RM200, kita boleh membeli barangan hampir memenuhi troli. Tetapi, kini dengan sejumlah wang yang sama, tidak sampai suku troli dapat dipenuhi.  Kita masih boleh membeli-belah, tetapi hendaklah sentiasa berjimat-cermat dan berpada-pada. Belilah barangan keluaran tempatan, kunjungi destinasi percutian dalam negeri dan banyakkan makan di rumah.

     Oleh itu, “Berhenti Membeli belah, Mulakan Kehidupan" merupakan slogan yang perlu diikuti oleh semua pihak. Berhenti membeli-belah bukanlah membawa maksud bahawa kita perlu berhenti secara terus dalam dunia ekonomi sebaliknya meminimumkan aktiviti membeli-belah untuk barang yang bukan menjadi keperluan hidup. 
  

Cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan wang ketika membeli-belah:


Buat perbandingan harga untuk mendptkan barangan yang berharga rendah
Kita boleh mengambil inisiatif dengan membandingkan harga sesuatu barangan dari kedai yang berbeza bagi mendapatkan harga yang murah dan berpatutan. Ini amat digalakkan  sekiranya kita ingin membeli barangan yang mahal seperti barangan elektrik, perabut dan sebagainya.


Makan dahulu sebelum pergi membeli belah
Pastikan kita dan anak-anak telah makan di rumah terlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah. Di pasaraya, terdapat banyak kedai makanan segera dan restoran. Sekiranya perut lapar, keinginan untuk membeli pelbagai jenis makanan amat tinggi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.


Sediakan senarai barangan yang hendak dibeli 
Sebelum keluar membeli belah, pastikan kita menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli. Ini dapat mengelakkan kita daripada membeli barangan yang tidak perlu. Kaedah ini juga dapat mengelakkan kita daripada terlupa membeli barangan yang diperlukan. Oleh itu kita tidak mensia-siakan masa dan tenaga yang digunakan untuk membeli-belah. 


Digalakkan membeli belah secara bersendirian 
Bagi yang berkeluarga,  digalakkan untuk membeli-belah secara bersendirian. Ini kerana sekiranya kita membawa anak-anak untuk membeli barangan keperluan harian, perbelanjaan kita pasti  tersasar daripada bajet. Ini kerana kita perlu memenuhi kehendak anak-anak semasa membeli-belah.


Bawa sejumlah wang yang kecil bagi membeli barang yang diperlukan sahaja 
Elakkan daripada membawa wang yang banyak ketika membeli-belah. Sebelum keluar membeli-belah, pastikan kita telah mengetahui barangan yang hendak dibeli. Oleh itu bawa sejumlah wang yang diperlukan sahaja untuk mengelakkan kita boros sewaktu berbelanja.


Elakkan pembelian barangan di saat-saat akhir iaitu barangan yang terdapat di kaunter  bayaran 
Di pasaraya,  banyak terdapat barangan yang disusun  berhampiran kaunter bayaran. Elakkan daripada membeli barangan di saat-saat kita hendak membuat bayaran. Ini kerana kebiasaannya barangan yang dibeli bukan merupakan barangan yang kita perlukan.


Kurangkan ‘window shopping’  
Ramai di antara kita mengatakan kita hanya ingin berjalan-jalan atau menghabiskan masa terluang di pusat membeli-belah. Tetapi sedar atau tidak,  ramai  yang membeli barangan yang dijual walau pun pada mulanya  kita berhasrat untuk tidak membuat sebarang pembelian. Sekiranya  kita bosan berada di rumah, bertukarlah kepada hobi yang lebih baik seperti beriadah di tempat rekreasi, bersukan atau pun berkunjung ke perpustakaan. Hobi ini amat berfaedah untuk menyihatkan badan serta menambahkan pengetahuan.


Anda boleh melayari laman web FOMCA DI SINI
 
 bagi mendapatkan tips membeli-belah. 

           

            

Terima Kasih Kerana Membaca